Sunday, April 19, 2015

 
 
Sesungguhnya dlm hati ada robekan yg tidak dpt dijahit kecuali menghadap sepenuhnya kpd Allah.
Dalamnya juga ada keterasingan yg tdk mampu diubati kecuali menyendiri bersama Allah. 
Ada juga kesedihan yang tidak mampu diseka oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan ketulusan berinteraksi dengan-Nya.
Ada kegelisahan yg tdak mampu ditenangkan kecuali berhimpun kerana Allah dan mninggalkn kegelisahan itu menuju-Nya.
Dalam hati juga ada gelodak api yang tdak mampu dipadamkan kecuali oleh keredhaan akan perintah,larangan dan keputusan Allah yang diiringi dgn ketabahan dan kesabaran hngga tiba saat perjumpaan dengan-Nya.

-Ibnu Al-Qayyim-


Di saat kau rasa sedih, maka istighfarlah. pohon keampunan kepadanya.
Di saat kau rasa buntu, maka istighfarlah, pohon rahmat kasih dari-Nya.

Kerana sesungguhnya istighfar mu itu mampu membersihkan hati dan menenangkan jiwa.

dan, jiwa yang tenang itu tidak ada hijab antaranya dengan Allah. insyaAllah.


_________________________________________________

hijrah itu ibarat mengupas bawang. untuk dptkan isinya, agak mustahil tidak mengalirkan air mata. bertahanlah, Allah ade 

Friday, April 17, 2015

 
 
 
Wahai Tuhan jauh sudah
Lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinarMu
Wahai tuhan aku lemah
Hina berlumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa di hitam jalanku
Ampunkahlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau sang maha pengampun dosa
Ya Rabbi izinkanlah
Aku kembali padamu
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hambamu
Berilah ak kesempatan waktu
Aku ingin kembali
Kembali dan meski tak layak
Sujud padaMu
dan sungguh tak layak
aku.....
 
 
 
 
Hati hiba mengenangkan
Dosa dosa yang kulakukan
Oh Tuhan maha kuasa
Terima taubat hamba berdosa
 
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah.. ..
Terimalah....
Terimalah... taubatku ini
 
Telah ak merasakan
derita jiwa dan perasaan
Kerna hilang dari jalan
Menuju redha mu ya tuhan
 
Di hamparan ini aku meminta
Moga taubatku diterima..:/

Thursday, April 9, 2015

 
 
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci
Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga

 ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud
 
Hoping that you are always beside me :(

Sunday, April 5, 2015

 
 
Ada masanya sakit itu,
Tak boleh dijelaskan dengan kata-kata
Tak boleh nak ditulis dengan baris-baris not
Tak boleh nak perah air mata keluar
Tak boleh nak jerit satu dunia
Tak boleh nak marah sesiapa
Tak boleh nak salahkan sesiapa
Tak boleh nak kongsi
Tak bole nak cerita
Tak mahu disimpan
Tak boleh nak dibuang.
 
Cuma terasa dalam dada
Tak boleh nak buat apa
Telan dan hadap
Sambil meminta simpati dan belas kasihan DIA
Terlalu sakit. No words.
 
dalam kehidupan kita,
Tak semestinya kita cuma dapat merasa perkara manis je
Tak semestinya kita cuma dapat merasa perkara pahit saja
Tapi sebaliknya kita akan merasa kedua duanya
 
Walaupun kita seorang yang tabah,
Tetapi bila diturunkan musibah
Kita juga akn merasa lemah
Dan akhirnya akn mencari Allah kembali
 
Apabila kehidupan hanya dipenuhi kemanisan,
Kita takkan tahu apa yang orang lain rasakan
Mungkin juga dy sedang berlawan dengan syaitan
supaya dia tidak mudah tergoda dengan godaan
 
Tetapi kerana kita tak merasa kepahitan
Kita kurang menghargai Tuhan
Kerana hati kita sentiasa tenang
Dan tiada kesusahan yang kita perlu risaukan
 
Tetapi kita perlu 're-check' semula iman,
takut ada kerosakan yang bertandang
 
Percayalah
Ujian itu datangnya dari Allah
Kembalinya juga kepada Allah
Jika Allah berikan musibah
Allah juga akn berikan jalan keluar
Cumanya kita perlu banyak berdoa atas tikar sejadah
 
Mungkin juga Allah rindukan rintihan seorang Hamba
Yng sering lupa tugasnya sebagai seorang hamba
 
Sayangku nak syurga itu bukan mudah
Nak masuk syurga itu payah
Banyak benda kita kena tempuh
Untuk mendptkan syurga Allah
 
 
Janganlah kita berputus asa dengan nikmt Allah
Kerana Allah lebih mengetahui
Janganlah kita bersedih kerana keinginan kita tidak ditunaikan
Mungkin ada hikmah disebaliknya
Janganlah kita bermuram kerana ditimpa musibah
Kerana itu bermakna Allah masih memandang kamu :)

Friday, April 3, 2015


Ku tunggu secebis doa darimu
Mengharapkan kepulanganmu
Tiada lagi air mata
Kering kerna ku pasti tak ada
 
Terkenang kisah kita yang dulu
Mencari semula kehadiranmu
Bangkitlah dirimu dan pandanglah
Ke hadapan untuk melupakan semua 

 Janganlah kau sebut lagi
Cinta yang tidak kau kenal
Dan merasa tenang ..
 
Melihat kau duduk di sebelahku
Bersyukur ada sahabat sepertimu
Berharap untuk lepas segalanya
Sehingga aku bangun selamanya
 

 
 
Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan
 
Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata

 Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku
Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta