1) Unsur yang
membantu perkembangan tamadun ialah
* perilaku dan budaya masyarakat
yang tinggi dalam kegiatan kehidupan mereka
* Tatacara yang tersusun dalam
pentadbiran dan perekonomian dalam memakmurkan kehidupan masyarakat.
* penciptaan teknologi
* Pencapaian luar biasa dalam
pelbagai bidang seperti
kesenian,kesusasteraan,pemikiran dan falsafah.
2) Kata “teokrasi”
berasal dari bahasa Yunani ertinya “tuhan” dan “memerintah”. Teokrasi artinya
“pemerintahan oleh tuhan”.
Teokratisme
didasarkan pada suatu pandangan bahwa segala sesuatu yang ada di atas dunia ini
adalah ciptaan Tuhan, termasuk negara, karena negara diciptakan dan dibentuk
atas kehendak Tuhan, maka pemimpin-pemimpinnyapun adalah orang-orang yang
ditunjuk dan dikehendaki Tuhan. Olek karena itu, kekuasaan para raja dan
pemimpin negara adalah suci. Pelanggaran terhadap kekuasaan raja dan pemimpin
negara berarti pelanggaran terhadap kehendak Tuhan. Dengan demikian, raja dan
segenap pemimpin negara hanya bertanggung jawab kepada Tuhan.
Pada abad pertengahan di Eropah, pemikiran dan pandangan ini
mencapai masa kejayaannya. Pada masa itu, agama Kristen mendominasi segala
aspek kehidupan di Eropa. Negara teokratis dianggap sangat sesuai dengan
pandangan agama. Menurut paham ini, kehidupan negara didasarkan pada moralisme
yang berorientasi kepada agama. Setiap kebijaksanaan, keputusan politik dan
penyelenggaraan pemerintahan negara ditentukan berdasarkan ketentuan-ketentuan
yang berlaku dalam agama.
Para gerejawan sebagai pemimpin agama mempunyai kekuasaan
yang besar dalam menentukan setiap kebijaksanaan negara. Para raja dan pemimpin
negara hanya merupakan pelaksana pemerintahan yang terlebih dahulu mendapat
restu dan legalitas dari gereja. Demikian pula dalam hal pewarisan kekuasaan,
gerejalah yang mengesahkan penggantinya. Dengan demikian, gereja menjadi
pelaksana kekuasaan di dunia, yang dalam prakteknya diserahkan kepada raja atau
para pemimpin dunia.
Seiring dengan perkembangan bentuk pemerintahan ini, rakyat
merasa bahwa tidak seharusnya para gerejawan yang memimpin dunia, karena pada
hakikatnya pemuka agama tetaplah pemuka agama yang harus mengajarkan
nilai-nilai agama kepada masyarakat, sedangkan seharusnya yang memerintah
adalah penguasa atau raja, yaitu pihak yang memang diembankan untuk memegang
tampuk pemerintahan.
Di Asia Selatan, kemunculan ideologi teokratis yang
dibarengi dengan gerakan modernisasi yang cenderung bersifat sekuler. Pakistan
ketika dipimpin Presiden Zia Ul Haq, merupakan suatu contoh yang menonjol.
Namun demikian, teokratisme di luar Eropa yang pada umumnya didominasi Islam,
masih menolerir perkembangan ideologi-ideologi lainnya meskipun tidak secara
formal.
3) 2 bentuk sistem
agama dan kepercayaan masyarakat tamadun awal.
Politeisme
Dalam tamadun awal manusia agama yang diamalkan adalah
bersifat politeisme iaitu agama yang
menyembah banyak tuhan dan dewa-dewi. Misalnya orang Sumeria, Mesir dan Indus
menyembah banyak tuhan. Manusia pada zaman tamadun awal percaya dewa-dewi ini
boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan.
Tuhan utama bagi orang Sumeria ialah Anu iaitu dewa langit,
bagi orang Mesir pula tuhan yang paling penting Amon – Re iaitu tuhan matahari
dan Osiris iaitu tuhan sungai Nil. Manakala dewa-dewi yang disembah oleh orang
Indus ialah dewa bermuka tiga. Bagi orang Aryan mereka menyembah tuhan matahari
(Mitra), langit (Dyaus) dan api (Agni). Tuhan yang paling popular ialah tuhan
Indra.
Kepercayaan Kehidupan Selepas Mati :
Bagi orang-orang Sumeria mereka tidak mempercayai kehidupan
selepas mati. Oleh itu mereka tidak menghasilkan mumia atau makam yang
kompleks.
Sebaliknya orang-orang Mesir, mereka mempercayaai kehidupan
selepas mati. Justeru itu dikalangan pemerintah mereka akan membina piramid
untuk menyimpan mumia sebagai tempat bersemadi roh-roh mereka. Selain itu
banyak barangan seperti makanan, perabut, harta juga disemadikan bersama-sama
mumia.
Masyarakat Shang juga percaya kehidupan selepas kematian,
mereka akan menanam raja-raja Shang ini bersama barang seperti harta, manusia
seperti tawanan perang, petani bersama-sama raja yang telah mati dalam satu
kawasan perkuburan.
4) 3 kepentingan
sistem tulisan dalam tamadun manusia ialah
* merangsang kepada
perkembangan pendidikan
* merekodkan semua urusan pentadbiran
* melancarkan
aktiviti pertanian, kutipan cukai dan upacara keagamaan
* melahirkan tradisi kesusasteraan seperti epik Gilgamesh
yang mengandungi falsafah dan cara hidup masyarakat Mesopotamia
* merakamkan sejarah kegemilangan dan keagungan sesebuah
tamadun
* menjadi sumber sejarah
yang amat berharga
5) Tamadun Islam bagi Ibnu Khaldun yang menggunakan istilah umran,umran merujuk kepada
kawasan tanah atau rumah yang dihuni atau didiami secara menetap dalam keadaan
subur dan berkembang makmur serta berlawanan dengan keadaan terbiar, tandus dan
gersang. Pengertian beliau secara ringkas menggambarkan tamadun merupakan
kewujudan suasana makmur ekoran daripada perubahan cara hidup primitif yang
berpin dah randah kepada cara hidup menetap yang boleh diibaratkan sebagai
kehidupan bandar. Kehidupan di bandar merujuk kepada manusia yang tinggal
menetap dengan segala keperluan dibawa masuk.
S.M.N al-Attas
menggambarkan tamadun sebagai keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang
mencapai taraf kehalusan budi pekerti dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh
masyarakat. Pnegertian di atas
menjelaskan bahawa tamadun adalah keadaan manusia yang hidup aman harmoni dalam
masyarakat melalui ketinggian budi pekerti. Keadaan ini amat bertepatan dengan
istilah peradaban yang mengaitkan kemajuan manusia dari aspek ketinggian adab
sopan.Kemajuan peradaban melalui keluhuran pekerti ini nampak selari dengan
maksud pengutusan Nabi Muhammad S.A.W iaitu untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak..Manusia
akan maju bertamadun apabila mengamalkan dinatau cara hidup dengan berpekerti
mulia.
Berdasarkan dua
aspek pengertian itu, sama ada tamadun dikaitkan dengan kemajuan bandar ( umran
) atau masyarakat yang beradab ( peradaban- din dan madaniah ), kedua dua aspek
rujukan ini adalah saling berkaitan antara satu sama lain.Masyarkat bandar (
umran atau madinah ) menjelaskan masyarakat yang menghayati kehidupan budi pekerti yang luhur melalui pelaksanaan
ajaran din atau agama. Penghayatan ajaran din ni Secara ringkasnya tamadun
Islam adalah suatu keadaan atau pencapaian manusia dalam semua aspek kehidupan
merangkumi aspek kebendaan dan kerohanian yang berpusat dikota atau di bandar hasil daripada manifestasi
keimanan kepada Allah
6) Mengikut pandangan Islam, Hadharah berasal daripada perkataan hadhara yang merujuk kepada
perbuatan tinggal dibandar dengan perilaku kehidupan yang tinggi. Osman Khalid
menjuruskan bahawa instilah hadharah ialah kemajuan aspek pemikiran, moral dan
sosial dalam kehidupan sesuatu masyarakat yang ketara dalam bidang ilmu, kesusateraan,
kesenian,pemerintahan,adat resam, budi pekerti dan kepercayaan.
Istilah Madaniah adalah sebagai suatu tingkatan
pencapaian kebendaan yang tinggi seperti dalam kegiatan pembangunan,
perancangan dan penyusunan bandar dengan adanya kemudahan infrastrukturnya
serta keperluan asasi dan tidak asasi seperti makan minum, tempat tinggal dan
rekreasi kerana terdapatnya kemudahan kewangan dan kemampuan berbelanja yang
semestinya mempunyai kekuatan ekonomi.Secara rinhkasnya madaniah merujuk kepada
pencapaian aspek kebendaan.
Tamadun menggambarkan kemajuan
kebendaan sesebuah masyarakat.M.A.J. Beg menjelaskan bahawa tamadun adalah
pencapaian manusia dalam bentuk kota, skrip seni bina, undang-undang dan politik. Dari perspektif semasa,
perkataan ‘tamadun’ merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi selari dengan
penonjolannya dalam tamadun Barat pada zaman ini. Tamadun boleh disimpulkan
sebagai pertama, suatu tingkat kemajuan atau pencapaian manusia daripada cara
hidup nomad kepada kehidupan bandar atau kota. Kedua, suatu proses untuk
mencapai kemajuan atau kebaikan dalam hidup.Ketiga, suatu kombinasi antara
kemajuan aspek pemikiran, kerohanian dan aspek material atau kebendaan.Keempat,
Tamadun adalah keadaan kemajuan manusia yang berasaskan kepada ketinggian
akhlak dan budi pekerti atau penghayatan din dalam masyarakat.
7)
) Bentuk sains dan
teknologi yang wujud dalam tamadun Islam, tamadun Arab-Islam, yang berkembang jelas semasa tempoh zaman pertengahan, telah
memainkan peranan yang penting dan penting dalam evolusi pelbagai bidang sains
disaksikan di Eropah dalam tempoh Renaissance. Mungkin salah satu yang paling
penting dalam sains adalah
sains
perubatan yang mereka kaji. Hal ini
terbukti dengan adanya karya-karya terjemahan buku-buku dari luar dan
diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.
Karya-karya tersebut meliputi dari zaman tamadun awal seperti Yunani,
India, dan sebagainya. Seterusnya, para
ilmuwan telah menterjemahkan kembali buku atau karya yang telah diterjemahkan
ke dalam bahasa Arab ke dalam bahasa Latin.
Dalam artikel ini juga dinyatakan mengenai terdapat seorang doktor Perancis yang bernamaLucien Leclerc
mengenai contoh kedudukan Zahrawi dalam evolusi dunia perubatan, dan beliau
kagum dengan kehebatan az-Zahrawi dalam bidang perubatan. Objektif artikel ini adalah memberi
pendedahan yang menyebut mengenai pencapaian yang paling penting doktor Arab dalam bidang sains perubatan, dan
kemudian menunjukkan sejauh mana Eropah telah mendapat manfaat daripada
kemajuan ini.
BAHAGIAN B
1)
Asas tamadun islam ialah
Akidah
Merupakan qasad atau keyakinan dalaman seseorang yang
tersimpul kukuh tentang kewujudan tuhan dan kebenaran ajaran-Nya yang dibawa
oleh Rasulluah S.A.W untuk diamalkan sebahagi cara hidup bertamadun.Keyakinan
yang pasti tersebut mestilah diikrarkan menerusi ucapan dan kata-kata.Manakala
penghayatan dan ikrar tersebut menjadi syarat kesempurnaan akidah dan
kecmerlangan tamadun.
Struktur akidah islam terdiri daripada makrifat kepada Allah
tentang ketauhidan dari segi Rububiyah, Uluhiyah dan nama-nama serta
sifatnya.Makrifah yang prtama ini umpama induk dan menatijahkan kepercayaan
terhadap malaikat dan alam ghaib,para rasul dan kitab,hari kiamat dan takdir
Allah.Tegasnya akidah yang benar menjadikan manusia melakukn sesuatu kerana
Allah dan bermatlamatkan keredhaan Allah.Lantaran itu kegiatan tamadun
merupakan alat untuk mencapai matlamat tersebut.
Syariat
Perkataan syariat secara literal bermaksud jalan yang lurus
atau sumber air yang mengalir.Syariat merujuk kepada segala peraturan yang
ditanzilkan oleh Allah ke atas hamba-Nya supaya diimani dan diamali untuk
kebahagiaan hidup didunia dan diakhirat.Definisi ini mencirikan syariat
mengandungi unsur pencipta iaitu Allah, peraturan iaitu suruhan dan larangan ;sasaran
iaitu hamba;tujuan,iaitu untuk diimani dan dihayati ; dan bidang kuasa,iaitu dunia dan akhirat.
Syariah merangkumi semua bentuk hubungan manusia dengan
urusan ketuhanan, sesama manusia,dan makhluk lain di dunia nyata atau
metafizik.Liputan syariah ini sebenarnya melampui keseluruhan tamadun moden
barat yang hanya menjurus kepada urusan manusia dan alam sekitar sahaja.Pendek
kata,syariah menjelaskan tatacara aturan kehidupan tamadun manusia yang
tersimpul dalam dua bentuk ibadah.
2)
Keistimewaan tamadun islam ialah
·
Tamadun Rabbani
Ciri Rabbani bermaksud tamadun islan ilah tamadun yang
bersifat ketuhanan,iaitu tamadun islam dibina atau dikembangkan dalam kerangka
atau acuan yang selaras serta sah menurut wahyu al-Quran dan Sunnah.Tamadun
Rabbani bukan bermaksud tuhan yang datang membina tamadun tetapi merujuk kepada
tamadun yang dihasilkan oleh manusia adalah mengikut panduan atau aturan Allah.Umpamanya
manusia membina kemajuan politik,ekonomi
dan sosial sepertimana yang dikehendaki oleh ajaran islam seperti mereka
pakaian yang menutup aurat dan berjual beli tanpa riba.
Ciri tamadun rabbani tidak bermaksud segala keupayaan
manusia menerusi kerasinalan akal dan kecekapan fizikal tidak diberi ruang
untuk menjana dan memibana tamadun.Segala keupayaan tersebut amat diperlukan
untuk kesejahteraan hidup dan kemakmuran muka bumi.keupayaan yang manusia ada
untuk membangunkan kemajuan mestilah selaras atau tidak bertentangan dengan
ajaran wahyu.
Dengan ciri ini,tamadun islam ialah tamadun yang sempurna
dan mutlak kerana dicipta oleh Allah yang bersifat Maha Sempurna adalah juga
sempurna,tidak berubah,dan tidak mengandungi kecacatan.Apatah lagi tamadun
islam berpandukan wahyu al-quran yang ditrunkan dalam bahasa yang masih hidup
sebagai bahasa dunia iaitu Arab.
·
Persamaan
Dalam ukuran tamadun Islam, manusia ialah makhluk yang
bertaraf hamba dan khalifah iaitu pemegang amanah atau wakil Allah di muka bumi
ini.Lantaran itu manusia mempunyai taraf yang sama antara mereka,baik lelaki
atau wanita malah lebih mulia jika dibandingkan dengan makhluk lain.Meskipun
begitu,tahap kemuliaan ini diklasifikasikan menurut tahap ketakwaan
masing-masing.
Ukuran persamaan ini mengambil kira keadilan
sosial,ekonomi,undang undang,politik dan sebagainya, Manusia di bawah sistem
dan acuan tamadun Islam adalah ditegah sama sekali membezakan antara satu sama
lain,melakukan kezaliman,penganiayaan,menipu dalam ekonomi,tidak menghukum
secara adil dalam perundangan,politik pilih kasih,melakukan pembaziran dan
kerosakan di muka bumi.Aspek persamaan dalam tamadun islam akan lebih ketara
jika dibandingkan dengan lain-lain pemikiran moral ciptaan manusia.Orang Arab
era Jahiliah mngganggap wanita lebih rendah dan harus dikuburkan bayi
perempuan,manakala orang Greek pula menganggap mereka sebagai berkemuliaan
berbanding bangsa lain yang hanyalah bertaraf Barbar.
3)
Tamadun
mempunyai kaitan yang sangat erat dengan culture atau kebudayaan.
Menurut pendapat sarjana barat seperti E.B
Taylor, Kebudayaan ialah suatu kesatuan jalian yang meliputi ilmu
pengetahuan,kepercayaan,seni moral,hukum adat dan apa apa kebolehan yang
diterpa oleh manusia sebagai anggota komuniti.
Prof Sidi menjelaskannya sebagai cara
berfikir dan cara merasa,yang menyatakan diri dalam seluruh segi kehidupan dan
segolongan manusia yang membentuk kesatuan sosial dalam suatu ruang dan suatu
waktu.
Pengertian kebudayaan yang lebih mudah difahami boleh dikutip daripada Kamus Dewan yang
mendefinisikannya sebagai cara hidup sesuatu masyarakat.Sekiranya kebudayaan
boleh difahami dalam makna yang cukup luas
meliputi seluruh hidup cara manusia
maka nyatanya kebudayaan adalah lebih bersifat umum.Manakala ciri ciri
khusus kebudayaan atau tegasnya kemajuan yang dicapai dalam semua bentuk cara
hidup tersebut itulah tamadun .Ringkasnya kebudayaan ialah genus,manakala
tamadun ialah spesies.
4)
Empat ciri tamadun mengikut pandangan sarjana barat
ialah
·
Wujud negara dan sistem pemerintahan yang
teratur
Kewujudan tamadun agung dunia seringkali
dihubungkaitkan dengan kehebatan sistem pemerintahaannnya.Sebagai
contoh,tamadun orang sumeria atau mesopotamia muncul kerana kekemasan dan
keteraturan sistem pemerintahannya.Begitu juga dengan kegemilangan tamadun
China Hwang Ho,tamadun indus,tamadun islam dan seumpamanya.
·
Wujud aktiviti ekonomi
Aktiviti ekonomi merupakan pemangkin
kewujudan kota atau bandar.Aktiviti ini tercerna dalam aspek
pertanian,penternakan,perniagaan,perindustrian dan seumpamanya.Infrastruktur
dan kemahiran atau ketinggian ilmu menjadi penjana akiviti ini disamping
kestabilan politil dan keadilan pemerintah untuk mengembang dan mempertahankan
sesuatu tamadun.Dalam tamadun lampau,faktor alam semulajadi seperyti lembah
menolong mamjukan kegiatan ekonomi sama ada bidang pertanian,penternakan atau
perdaganagan kerana semuanya memerlukan air untuk berkembang.Lantaran
itu,dikatakan tamadun manusia lahir di lembah seperti lembah indus.
·
Wujud sistem bahasa dan tulisan
Tamadun ialah hasil pencapaian kemajuan
dalam bentuk kerja bermasyarakat.Masyarakat memerlukan kepada komunikasi untuk
berinteraksi sambil memberi atau menerima maklumat.Lantaran itu,sistem tulisan
dan bahasa menjadi syarat utama untuk menghasilkan tamadun serta sebagai cara
untuk menjadikan tamadun terus berkembang dan dan bertahan.Hari ini pencapaian
sesuatu tamadun tidak hanya sekadar bergantung pada kemampuan atau kekuatan
sistem bahasa dan tulisannya yang tersendiri,tetapi juga kehebatan masyarakat
tersebut dalam memahami dan menguasai kod bahasa alam dan sistem perkomputeran.
·
Wujud sistem agama dan kepercayaan
Manusia yang lahir ke dunia telah dibekali
oleh Tuhan dengan sistem hidup beragama dan kepercayaan yang kudus kepada
tuhan.Ini membuktikan bahawa zuriat manusia seluruhnya amat memerlukan kepada
peraturan dan ajaran agama untuk membangunkan tamadun.Peristiwa besar dunia
hari ini pun sering kali dikaitkan dengan agama.Tahun Masehi sebagai
contoh,dinasabkan kepada Nabi Isa yang menyebarkan ajaran agama
Kristian.Lantaran itu,seorang sarjana pernah menyatakan bahawa,’ pernah ditemui
bahawa kewujudan sesuatu negara bangsa tanpa adan istana,tetapi tidak pernah
ditemui kewujudan sesuatu negara bangsa tanpa adanya rumah agama.
5)
Konsep Tamadun Menurut Perspektif Barat.
Selain daripada tokoh atau sarjana islam, tokoh barat juga tampil untuk menerangkan
konsep tamadun pada perspektif mereka. Orang barat mengakui bahawamereka adalah bangsa yang bertamadun tinggi berbanding bangsa lain. Merekamenggunakan
alasan menyebarkan tamadun untuk menjajah negara yang mereka anggaptidak bertamadun. Secara mudahnya, sarjana barat berpendapat tamadun ialah satu pencapaian
tinggi yang diperoleh oleh manusia dalam semua aspek kehidupan. Tamadun barat
lebih menonjolkan aspek pencapaian kebendaan atau material sebagai ukuran
bagimenentukan sesuatu bangsa itu bertamadun ataupun tidak. Bagi barat, tamadun
membawadua makna iaitu nilai
moral
dan
material.
Bagi Karl Marx, tamadun dibahagikan kepada
infrastruktur
(material) dan
superstructure
(spiritual). Bagi Marcel Mauss, tamadunadalah
semua pencapaian manusia
. Jelaslah di sini bahawa barat mementingkan pembangunan
lahiriah untuk mengukur sesebuah tamadun. Antara sarjana barat yangmengemukakan
pendapat mengenai tamadun ialah ;I.E.B.taylor Tamadun ialah
suatu rangkaian rumit
yang merangkumi aspek-aspek
keilmuan, kepercayaan, kesenian,
nilai-nilai moral, perundangan, tradisi,bakat dan kebolehan
yang dihasilkan oleh masyarakat.II.Arnold ToynbeeBeliau
mendefinisikan tamadun sebagai
suatu sistem masyarakat
yangdapat membantu manusia
menambah hasil pengeluaran
atau produktivitidan ia mempunyai
empat elemen
, iaitu bahan-bahan ekonomi, sisitem politik
, pengetahuan dan seni.III.Will DurantTamadun ialah peraturan masyarakat yang
dapat membantu
meningkatkan pengeluaran kebudayaan
dan ia merangkumi
empat elemen
,iaitu sumber ekonomi, sistem politik,
tradisi moral dan kesenian.6
Arnold Toynbee dan Will Durant mempunyai pemikiran yang agak sama berkenaan konsep tamadun. Bagi mereka, tamadun ialah peningkatan kualiti hidupataupun
pengeluaran hasil yang dipengaruhi oleh sumber ekonomi, sistem pemerintahanatau
politik dan tahap pencapaian akademik tanpa mengetepikan seni dan akhlak
ataupuntingkah laku masyarakat.IV.J.K.FieblemanBeliau mempunyai pandangan tersendiri berkenaan konsep tamadun.Beliau
menganggap tamadun ialah
kepandaian mengeksploitasi
material
oleh masyarakat. Dengan perkataan lain, proses masyarakat ke atasmaterial dengan sendiri menjadikannya barang baru bagi sesuatukeperluan.V.Oswarld
Spengler.Tamadun barat
lebih mementingkan kebendaan
kerana kebendaan itu yangmembawa kepada
kemajuan.Kedua-dua tokoh ini menggunakan konsep kemajuan kebendaan atau material bagimaksud
tamadun. Bagi mereka, kayu ukur bagi sesebuah tamadun ialah penghasilan barang-barang
baru untuk kegunaan seharian dan material yang dihasilkan itu mestilahlebih
baik daripada sebelumnya.VI.Robert J.BraidwoodBeliau merujuk tamadun ini
kepada
perbandaran.
Tamadun juga haruslahmempunyai
satu struktur politik ,
undang-undang formal dan seterusnyaterdapat kemudahan infrastruktur
seperti jalan raya, anggota
keselamatan, pelabuhan dan terusan.Kewujudan sistem jalan raya yang baik
menjadi antara faktor yang penting bagi sesuatu tamadun. Ini kerana
anggota masyarakat akan dapat berhubung dengan masyarakat luar bagi berkongsi pengetahuan dankemajuan. Hal ini akan meningkatkan produktiviti dan memajukankawasan
mereka. Di samping itu, undang-undang yang kemas juga amat perlu bagi
mengawak tingkah laku manusia.7
Intihanya, tamadun dalam konsep islam lebih luas skopnya yang meliputikemajuan dalam bidang kerohanian (rohaniah) dan kebendaan (lahiriah) yang berlandaskan
kepada wahyu, al-Sunnah dan akal fikiran. Tamadun menurut perspektif islam
dapat dijelaskan dengan ayat yang paling ringkas iaitu suatu pencapaian
manusiadalam bidang kebendaan (lahiriah) dan kerohanian (rohaniah) yang
berpusat di bandar meliputi kemajuan seni bina, ilmu pengetahuan, sains,
teknologi, undang-undang, politik dan sebagainya yang meliputi muamalat,
syariat, munakahat dan akidah yang berasaskankepada al-Quran dan al-Sunnah.
Tamadun menurut perspektif barat pula berlandaskankepada pemikiran dan akal semata-mata dalam menentukan corak ragam kehidupanseharian.
Mereka mengetepikan peranan agama dalam kehidupan mereka. Di sampingitu,
sarjana barat lebih menumpukan kemajuan lahiriah dalam konsep yang diutarakanoleh
mereka sehingga melupakan pembangunan rohaniah