Tuesday, November 11, 2014

5)     Tamadun Islam bagi Ibnu Khaldun yang menggunakan istilah umran,umran merujuk kepada kawasan tanah atau rumah yang dihuni atau didiami secara menetap dalam keadaan subur dan berkembang makmur serta berlawanan dengan keadaan terbiar, tandus dan gersang. Pengertian beliau secara ringkas menggambarkan tamadun merupakan kewujudan suasana makmur ekoran daripada perubahan cara hidup primitif yang berpin dah randah kepada cara hidup menetap yang boleh diibaratkan sebagai kehidupan bandar. Kehidupan di bandar merujuk kepada manusia yang tinggal menetap dengan segala keperluan dibawa masuk.
        S.M.N al-Attas menggambarkan tamadun sebagai keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang mencapai taraf kehalusan budi pekerti dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. Pnegertian  di atas menjelaskan bahawa tamadun adalah keadaan manusia yang hidup aman harmoni dalam masyarakat melalui ketinggian budi pekerti. Keadaan ini amat bertepatan dengan istilah peradaban yang mengaitkan kemajuan manusia dari aspek ketinggian adab sopan.Kemajuan peradaban melalui keluhuran pekerti ini nampak selari dengan maksud pengutusan Nabi Muhammad S.A.W iaitu untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak..Manusia akan maju bertamadun apabila mengamalkan dinatau cara hidup dengan berpekerti mulia.
       Berdasarkan dua aspek pengertian itu, sama ada tamadun dikaitkan dengan kemajuan bandar ( umran ) atau masyarakat yang beradab ( peradaban- din dan madaniah ), kedua dua aspek rujukan ini adalah saling berkaitan antara satu sama lain.Masyarkat bandar ( umran atau madinah ) menjelaskan masyarakat yang menghayati kehidupan  budi pekerti yang luhur melalui pelaksanaan ajaran din atau agama. Penghayatan ajaran din ni Secara ringkasnya tamadun Islam adalah suatu keadaan atau pencapaian manusia dalam semua aspek kehidupan merangkumi aspek kebendaan dan kerohanian yang berpusat dikota  atau di bandar hasil daripada manifestasi keimanan kepada Allah




6)          Mengikut pandangan Islam, Hadharah berasal daripada perkataan hadhara yang merujuk kepada perbuatan tinggal dibandar dengan perilaku kehidupan yang tinggi. Osman Khalid menjuruskan bahawa instilah hadharah ialah kemajuan aspek pemikiran, moral dan sosial dalam kehidupan sesuatu masyarakat yang ketara dalam bidang ilmu, kesusateraan, kesenian,pemerintahan,adat resam, budi pekerti dan kepercayaan.

        Istilah Madaniah adalah sebagai suatu tingkatan pencapaian kebendaan yang tinggi seperti dalam kegiatan pembangunan, perancangan dan penyusunan bandar dengan adanya kemudahan infrastrukturnya serta keperluan asasi dan tidak asasi seperti makan minum, tempat tinggal dan rekreasi kerana terdapatnya kemudahan kewangan dan kemampuan berbelanja yang semestinya mempunyai kekuatan ekonomi.Secara rinhkasnya madaniah merujuk kepada pencapaian aspek kebendaan.


     Tamadun menggambarkan kemajuan kebendaan sesebuah masyarakat.M.A.J. Beg menjelaskan bahawa tamadun adalah pencapaian manusia dalam bentuk kota, skrip seni bina, undang-undang  dan politik. Dari perspektif semasa, perkataan ‘tamadun’ merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam bidang  sains dan teknologi selari dengan penonjolannya dalam tamadun Barat pada zaman ini. Tamadun boleh disimpulkan sebagai pertama, suatu tingkat kemajuan atau pencapaian manusia daripada cara hidup nomad kepada kehidupan bandar atau kota. Kedua, suatu proses untuk mencapai kemajuan atau kebaikan dalam hidup.Ketiga, suatu kombinasi antara kemajuan aspek pemikiran, kerohanian dan aspek material atau kebendaan.Keempat, Tamadun adalah keadaan kemajuan manusia yang berasaskan kepada ketinggian akhlak dan budi pekerti atau penghayatan din dalam masyarakat.

No comments:

Post a Comment