Tuesday, November 11, 2014

1)   Unsur yang membantu perkembangan tamadun ialah
* perilaku dan budaya masyarakat yang tinggi dalam kegiatan kehidupan mereka
* Tatacara yang tersusun dalam pentadbiran dan perekonomian dalam memakmurkan kehidupan masyarakat.
* penciptaan teknologi
* Pencapaian luar biasa dalam pelbagai bidang seperti  
   kesenian,kesusasteraan,pemikiran dan falsafah.

2)    Kata “teokrasi” berasal dari bahasa Yunani ertinya “tuhan” dan “memerintah”. Teokrasi artinya “pemerintahan oleh tuhan”.
   Teokratisme didasarkan pada suatu pandangan bahwa segala sesuatu yang ada di atas dunia ini adalah ciptaan Tuhan, termasuk negara, karena negara diciptakan dan dibentuk atas kehendak Tuhan, maka pemimpin-pemimpinnyapun adalah orang-orang yang ditunjuk dan dikehendaki Tuhan. Olek karena itu, kekuasaan para raja dan pemimpin negara adalah suci. Pelanggaran terhadap kekuasaan raja dan pemimpin negara berarti pelanggaran terhadap kehendak Tuhan. Dengan demikian, raja dan segenap pemimpin negara hanya bertanggung jawab kepada Tuhan.
Pada abad pertengahan di Eropah, pemikiran dan pandangan ini mencapai masa kejayaannya. Pada masa itu, agama Kristen mendominasi segala aspek kehidupan di Eropa. Negara teokratis dianggap sangat sesuai dengan pandangan agama. Menurut paham ini, kehidupan negara didasarkan pada moralisme yang berorientasi kepada agama. Setiap kebijaksanaan, keputusan politik dan penyelenggaraan pemerintahan negara ditentukan berdasarkan ketentuan-ketentuan yang berlaku dalam agama.
Para gerejawan sebagai pemimpin agama mempunyai kekuasaan yang besar dalam menentukan setiap kebijaksanaan negara. Para raja dan pemimpin negara hanya merupakan pelaksana pemerintahan yang terlebih dahulu mendapat restu dan legalitas dari gereja. Demikian pula dalam hal pewarisan kekuasaan, gerejalah yang mengesahkan penggantinya. Dengan demikian, gereja menjadi pelaksana kekuasaan di dunia, yang dalam prakteknya diserahkan kepada raja atau para pemimpin dunia.
Seiring dengan perkembangan bentuk pemerintahan ini, rakyat merasa bahwa tidak seharusnya para gerejawan yang memimpin dunia, karena pada hakikatnya pemuka agama tetaplah pemuka agama yang harus mengajarkan nilai-nilai agama kepada masyarakat, sedangkan seharusnya yang memerintah adalah penguasa atau raja, yaitu pihak yang memang diembankan untuk memegang tampuk pemerintahan.
Di Asia Selatan, kemunculan ideologi teokratis yang dibarengi dengan gerakan modernisasi yang cenderung bersifat sekuler. Pakistan ketika dipimpin Presiden Zia Ul Haq, merupakan suatu contoh yang menonjol. Namun demikian, teokratisme di luar Eropa yang pada umumnya didominasi Islam, masih menolerir perkembangan ideologi-ideologi lainnya meskipun tidak secara formal.

3)   2 bentuk sistem agama dan kepercayaan masyarakat tamadun awal.
Politeisme
Dalam tamadun awal manusia agama yang diamalkan adalah bersifat politeisme iaitu agama yang menyembah banyak tuhan dan dewa-dewi. Misalnya orang Sumeria, Mesir dan Indus menyembah banyak tuhan. Manusia pada zaman tamadun awal percaya dewa-dewi ini boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan.
Tuhan utama bagi orang Sumeria ialah Anu iaitu dewa langit, bagi orang Mesir pula tuhan yang paling penting Amon – Re iaitu tuhan matahari dan Osiris iaitu tuhan sungai Nil. Manakala dewa-dewi yang disembah oleh orang Indus ialah dewa bermuka tiga. Bagi orang Aryan mereka menyembah tuhan matahari (Mitra), langit (Dyaus) dan api (Agni). Tuhan yang paling popular ialah tuhan Indra.

Kepercayaan Kehidupan Selepas Mati :
Bagi orang-orang Sumeria mereka tidak mempercayai kehidupan selepas mati. Oleh itu mereka tidak menghasilkan mumia atau makam yang kompleks.
Sebaliknya orang-orang Mesir, mereka mempercayaai kehidupan selepas mati. Justeru itu dikalangan pemerintah mereka akan membina piramid untuk menyimpan mumia sebagai tempat bersemadi roh-roh mereka. Selain itu banyak barangan seperti makanan, perabut, harta juga disemadikan bersama-sama mumia.
Masyarakat Shang juga percaya kehidupan selepas kematian, mereka akan menanam raja-raja Shang ini bersama barang seperti harta, manusia seperti tawanan perang, petani bersama-sama raja yang telah mati dalam satu kawasan perkuburan.

4)  3 kepentingan sistem tulisan dalam tamadun manusia ialah
 * merangsang kepada perkembangan pendidikan
* merekodkan semua urusan pentadbiran
 * melancarkan aktiviti pertanian, kutipan cukai dan upacara keagamaan
* melahirkan tradisi kesusasteraan seperti epik Gilgamesh yang mengandungi falsafah dan cara hidup masyarakat Mesopotamia
* merakamkan sejarah kegemilangan dan keagungan sesebuah tamadun
 * menjadi sumber sejarah yang amat berharga
5)     Tamadun Islam bagi Ibnu Khaldun yang menggunakan istilah umran,umran merujuk kepada kawasan tanah atau rumah yang dihuni atau didiami secara menetap dalam keadaan subur dan berkembang makmur serta berlawanan dengan keadaan terbiar, tandus dan gersang. Pengertian beliau secara ringkas menggambarkan tamadun merupakan kewujudan suasana makmur ekoran daripada perubahan cara hidup primitif yang berpin dah randah kepada cara hidup menetap yang boleh diibaratkan sebagai kehidupan bandar. Kehidupan di bandar merujuk kepada manusia yang tinggal menetap dengan segala keperluan dibawa masuk.
        S.M.N al-Attas menggambarkan tamadun sebagai keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang mencapai taraf kehalusan budi pekerti dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. Pnegertian  di atas menjelaskan bahawa tamadun adalah keadaan manusia yang hidup aman harmoni dalam masyarakat melalui ketinggian budi pekerti. Keadaan ini amat bertepatan dengan istilah peradaban yang mengaitkan kemajuan manusia dari aspek ketinggian adab sopan.Kemajuan peradaban melalui keluhuran pekerti ini nampak selari dengan maksud pengutusan Nabi Muhammad S.A.W iaitu untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak..Manusia akan maju bertamadun apabila mengamalkan dinatau cara hidup dengan berpekerti mulia.
       Berdasarkan dua aspek pengertian itu, sama ada tamadun dikaitkan dengan kemajuan bandar ( umran ) atau masyarakat yang beradab ( peradaban- din dan madaniah ), kedua dua aspek rujukan ini adalah saling berkaitan antara satu sama lain.Masyarkat bandar ( umran atau madinah ) menjelaskan masyarakat yang menghayati kehidupan  budi pekerti yang luhur melalui pelaksanaan ajaran din atau agama. Penghayatan ajaran din ni Secara ringkasnya tamadun Islam adalah suatu keadaan atau pencapaian manusia dalam semua aspek kehidupan merangkumi aspek kebendaan dan kerohanian yang berpusat dikota  atau di bandar hasil daripada manifestasi keimanan kepada Allah




6)          Mengikut pandangan Islam, Hadharah berasal daripada perkataan hadhara yang merujuk kepada perbuatan tinggal dibandar dengan perilaku kehidupan yang tinggi. Osman Khalid menjuruskan bahawa instilah hadharah ialah kemajuan aspek pemikiran, moral dan sosial dalam kehidupan sesuatu masyarakat yang ketara dalam bidang ilmu, kesusateraan, kesenian,pemerintahan,adat resam, budi pekerti dan kepercayaan.

        Istilah Madaniah adalah sebagai suatu tingkatan pencapaian kebendaan yang tinggi seperti dalam kegiatan pembangunan, perancangan dan penyusunan bandar dengan adanya kemudahan infrastrukturnya serta keperluan asasi dan tidak asasi seperti makan minum, tempat tinggal dan rekreasi kerana terdapatnya kemudahan kewangan dan kemampuan berbelanja yang semestinya mempunyai kekuatan ekonomi.Secara rinhkasnya madaniah merujuk kepada pencapaian aspek kebendaan.

     Tamadun menggambarkan kemajuan kebendaan sesebuah masyarakat.M.A.J. Beg menjelaskan bahawa tamadun adalah pencapaian manusia dalam bentuk kota, skrip seni bina, undang-undang  dan politik. Dari perspektif semasa, perkataan ‘tamadun’ merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam bidang  sains dan teknologi selari dengan penonjolannya dalam tamadun Barat pada zaman ini. Tamadun boleh disimpulkan sebagai pertama, suatu tingkat kemajuan atau pencapaian manusia daripada cara hidup nomad kepada kehidupan bandar atau kota. Kedua, suatu proses untuk mencapai kemajuan atau kebaikan dalam hidup.Ketiga, suatu kombinasi antara kemajuan aspek pemikiran, kerohanian dan aspek material atau kebendaan.Keempat, Tamadun adalah keadaan kemajuan manusia yang berasaskan kepada ketinggian akhlak dan budi pekerti atau penghayatan din dalam masyarakat.

7))  Bentuk sains dan teknologi yang wujud dalam tamadun Islam, tamadun Arab-Islam, yang berkembang  jelas semasa tempoh zaman pertengahan, telah memainkan peranan yang penting dan penting dalam evolusi pelbagai bidang sains disaksikan di Eropah dalam tempoh Renaissance. Mungkin salah satu yang paling penting dalam sains adalah sains perubatan yang mereka kaji.  Hal ini terbukti dengan adanya karya-karya terjemahan buku-buku dari luar dan diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.  Karya-karya tersebut meliputi dari zaman tamadun awal seperti Yunani, India, dan sebagainya.  Seterusnya, para ilmuwan telah menterjemahkan kembali buku atau karya yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab ke dalam bahasa Latin.  Dalam artikel ini juga dinyatakan mengenai terdapat seorang  doktor Perancis yang bernamaLucien Leclerc mengenai contoh kedudukan Zahrawi dalam evolusi dunia perubatan, dan beliau kagum dengan kehebatan az-Zahrawi dalam bidang perubatan.  Objektif artikel ini adalah memberi pendedahan yang menyebut mengenai pencapaian yang paling penting doktor  Arab dalam bidang sains perubatan, dan kemudian menunjukkan sejauh mana Eropah telah mendapat manfaat daripada kemajuan ini.




BAHAGIAN B

1)      Asas tamadun islam ialah

Akidah
Merupakan qasad atau keyakinan dalaman seseorang yang tersimpul kukuh tentang kewujudan tuhan dan kebenaran ajaran-Nya yang dibawa oleh Rasulluah S.A.W untuk diamalkan sebahagi cara hidup bertamadun.Keyakinan yang pasti tersebut mestilah diikrarkan menerusi ucapan dan kata-kata.Manakala penghayatan dan ikrar tersebut menjadi syarat kesempurnaan akidah dan kecmerlangan tamadun.
Struktur akidah islam terdiri daripada makrifat kepada Allah tentang ketauhidan dari segi Rububiyah, Uluhiyah dan nama-nama serta sifatnya.Makrifah yang prtama ini umpama induk dan menatijahkan kepercayaan terhadap malaikat dan alam ghaib,para rasul dan kitab,hari kiamat dan takdir Allah.Tegasnya akidah yang benar menjadikan manusia melakukn sesuatu kerana Allah dan bermatlamatkan keredhaan Allah.Lantaran itu kegiatan tamadun merupakan alat untuk mencapai matlamat tersebut.
Syariat
Perkataan syariat secara literal bermaksud jalan yang lurus atau sumber air yang mengalir.Syariat merujuk kepada segala peraturan yang ditanzilkan oleh Allah ke atas hamba-Nya supaya diimani dan diamali untuk kebahagiaan hidup didunia dan diakhirat.Definisi ini mencirikan syariat mengandungi unsur pencipta iaitu Allah, peraturan iaitu suruhan dan larangan ;sasaran iaitu hamba;tujuan,iaitu untuk diimani dan dihayati ;  dan bidang kuasa,iaitu dunia dan akhirat.
Syariah merangkumi semua bentuk hubungan manusia dengan urusan ketuhanan, sesama manusia,dan makhluk lain di dunia nyata atau metafizik.Liputan syariah ini sebenarnya melampui keseluruhan tamadun moden barat yang hanya menjurus kepada urusan manusia dan alam sekitar sahaja.Pendek kata,syariah menjelaskan tatacara aturan kehidupan tamadun manusia yang tersimpul dalam dua bentuk ibadah.

2)      Keistimewaan tamadun islam ialah
·         Tamadun Rabbani
Ciri Rabbani bermaksud tamadun islan ilah tamadun yang bersifat ketuhanan,iaitu tamadun islam dibina atau dikembangkan dalam kerangka atau acuan yang selaras serta sah menurut wahyu al-Quran dan Sunnah.Tamadun Rabbani bukan bermaksud tuhan yang datang membina tamadun tetapi merujuk kepada tamadun yang dihasilkan oleh manusia adalah  mengikut panduan atau aturan Allah.Umpamanya manusia membina kemajuan  politik,ekonomi dan sosial sepertimana yang dikehendaki oleh ajaran islam seperti mereka pakaian yang menutup aurat dan berjual beli tanpa riba.
Ciri tamadun rabbani tidak bermaksud segala keupayaan manusia menerusi kerasinalan akal dan kecekapan fizikal tidak diberi ruang untuk menjana dan memibana tamadun.Segala keupayaan tersebut amat diperlukan untuk kesejahteraan hidup dan kemakmuran muka bumi.keupayaan yang manusia ada untuk membangunkan kemajuan mestilah selaras atau tidak bertentangan dengan ajaran wahyu.
Dengan ciri ini,tamadun islam ialah tamadun yang sempurna dan mutlak kerana dicipta oleh Allah yang bersifat Maha Sempurna adalah juga sempurna,tidak berubah,dan tidak mengandungi kecacatan.Apatah lagi tamadun islam berpandukan wahyu al-quran yang ditrunkan dalam bahasa yang masih hidup sebagai bahasa dunia iaitu Arab.

·         Persamaan
Dalam ukuran tamadun Islam, manusia ialah makhluk yang bertaraf hamba dan khalifah iaitu pemegang amanah atau wakil Allah di muka bumi ini.Lantaran itu manusia mempunyai taraf yang sama antara mereka,baik lelaki atau wanita malah lebih mulia jika dibandingkan dengan makhluk lain.Meskipun begitu,tahap kemuliaan ini diklasifikasikan menurut tahap ketakwaan masing-masing.
Ukuran persamaan ini mengambil kira keadilan sosial,ekonomi,undang undang,politik dan sebagainya, Manusia di bawah sistem dan acuan tamadun Islam adalah ditegah sama sekali membezakan antara satu sama lain,melakukan kezaliman,penganiayaan,menipu dalam ekonomi,tidak menghukum secara adil dalam perundangan,politik pilih kasih,melakukan pembaziran dan kerosakan di muka bumi.Aspek persamaan dalam tamadun islam akan lebih ketara jika dibandingkan dengan lain-lain pemikiran moral ciptaan manusia.Orang Arab era Jahiliah mngganggap wanita lebih rendah dan harus dikuburkan bayi perempuan,manakala orang Greek pula menganggap mereka sebagai berkemuliaan berbanding bangsa lain yang hanyalah bertaraf Barbar.

3)             Tamadun mempunyai kaitan yang sangat erat dengan culture  atau kebudayaan.
Menurut pendapat sarjana barat seperti E.B Taylor, Kebudayaan ialah suatu kesatuan jalian yang meliputi ilmu pengetahuan,kepercayaan,seni moral,hukum adat dan apa apa kebolehan yang diterpa oleh manusia sebagai anggota komuniti.
Prof Sidi menjelaskannya sebagai cara berfikir dan cara merasa,yang menyatakan diri dalam seluruh segi kehidupan dan segolongan manusia yang membentuk kesatuan sosial dalam suatu ruang dan suatu waktu.

       Pengertian kebudayaan yang lebih mudah difahami  boleh dikutip daripada Kamus Dewan yang mendefinisikannya sebagai cara hidup sesuatu masyarakat.Sekiranya kebudayaan boleh difahami dalam makna yang cukup luas  meliputi seluruh hidup cara manusia  maka nyatanya kebudayaan adalah lebih bersifat umum.Manakala ciri ciri khusus kebudayaan atau tegasnya kemajuan yang dicapai dalam semua bentuk cara hidup tersebut itulah tamadun .Ringkasnya kebudayaan ialah genus,manakala tamadun ialah spesies.


4)      Empat  ciri tamadun mengikut pandangan sarjana barat ialah
·         Wujud negara dan sistem pemerintahan yang teratur
Kewujudan tamadun agung dunia seringkali dihubungkaitkan dengan kehebatan sistem pemerintahaannnya.Sebagai contoh,tamadun orang sumeria atau mesopotamia muncul kerana kekemasan dan keteraturan sistem pemerintahannya.Begitu juga dengan kegemilangan tamadun China Hwang Ho,tamadun indus,tamadun islam dan seumpamanya.

·         Wujud aktiviti ekonomi
Aktiviti ekonomi merupakan pemangkin kewujudan kota atau bandar.Aktiviti ini tercerna dalam aspek pertanian,penternakan,perniagaan,perindustrian dan seumpamanya.Infrastruktur dan kemahiran atau ketinggian ilmu menjadi penjana akiviti ini disamping kestabilan politil dan keadilan pemerintah untuk mengembang dan mempertahankan sesuatu tamadun.Dalam tamadun lampau,faktor alam semulajadi seperyti lembah menolong mamjukan kegiatan ekonomi sama ada bidang pertanian,penternakan atau perdaganagan kerana semuanya memerlukan air untuk berkembang.Lantaran itu,dikatakan tamadun manusia lahir di lembah seperti lembah indus.

·         Wujud sistem bahasa dan tulisan
Tamadun ialah hasil pencapaian kemajuan dalam bentuk kerja bermasyarakat.Masyarakat memerlukan kepada komunikasi untuk berinteraksi sambil memberi atau menerima maklumat.Lantaran itu,sistem tulisan dan bahasa menjadi syarat utama untuk menghasilkan tamadun serta sebagai cara untuk menjadikan tamadun terus berkembang dan dan bertahan.Hari ini pencapaian sesuatu tamadun tidak hanya sekadar bergantung pada kemampuan atau kekuatan sistem bahasa dan tulisannya yang tersendiri,tetapi juga kehebatan masyarakat tersebut dalam memahami dan menguasai kod bahasa alam dan sistem perkomputeran.

·         Wujud sistem agama dan kepercayaan
Manusia yang lahir ke dunia telah dibekali oleh Tuhan dengan sistem hidup beragama dan kepercayaan yang kudus kepada tuhan.Ini membuktikan bahawa zuriat manusia seluruhnya amat memerlukan kepada peraturan dan ajaran agama untuk membangunkan tamadun.Peristiwa besar dunia hari ini pun sering kali dikaitkan dengan agama.Tahun Masehi sebagai contoh,dinasabkan kepada Nabi Isa yang menyebarkan ajaran agama Kristian.Lantaran itu,seorang sarjana pernah menyatakan bahawa,’ pernah ditemui bahawa kewujudan sesuatu negara bangsa tanpa adan istana,tetapi tidak pernah ditemui kewujudan sesuatu negara bangsa tanpa adanya rumah agama.



5)       Konsep Tamadun Menurut Perspektif Barat.
Selain daripada tokoh atau sarjana islam, tokoh barat juga tampil untuk menerangkan konsep tamadun pada perspektif mereka. Orang barat mengakui bahawamereka adalah bangsa yang bertamadun tinggi berbanding bangsa lain. Merekamenggunakan alasan menyebarkan tamadun untuk menjajah negara yang mereka anggaptidak bertamadun. Secara mudahnya, sarjana barat berpendapat tamadun ialah satu pencapaian tinggi yang diperoleh oleh manusia dalam semua aspek kehidupan. Tamadun barat lebih menonjolkan aspek pencapaian kebendaan atau material sebagai ukuran bagimenentukan sesuatu bangsa itu bertamadun ataupun tidak. Bagi barat, tamadun membawadua makna iaitu nilai
moral 
dan
material.
Bagi Karl Marx, tamadun dibahagikan kepada
infrastruktur 
(material) dan
 superstructure
(spiritual). Bagi Marcel Mauss, tamadunadalah
 semua pencapaian manusia
. Jelaslah di sini bahawa barat mementingkan pembangunan lahiriah untuk mengukur sesebuah tamadun. Antara sarjana barat yangmengemukakan pendapat mengenai tamadun ialah ;I.E.B.taylor Tamadun ialah
 suatu rangkaian rumit 
yang merangkumi aspek-aspek 
keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi,bakat dan kebolehan
yang dihasilkan oleh masyarakat.II.Arnold ToynbeeBeliau mendefinisikan tamadun sebagai
 suatu sistem masyarakat 
yangdapat membantu manusia
menambah hasil pengeluaran
atau produktivitidan ia mempunyai
empat elemen
, iaitu bahan-bahan ekonomi, sisitem politik , pengetahuan dan seni.III.Will DurantTamadun ialah peraturan masyarakat yang dapat membantu
meningkatkan pengeluaran kebudayaan
dan ia merangkumi
empat elemen
,iaitu sumber ekonomi, sistem politik, tradisi moral dan kesenian.6
https://html2-f.scribdassets.com/5xroo1dnswd8m31/images/6-8c183b6588.png

Arnold Toynbee dan Will Durant mempunyai pemikiran yang agak sama berkenaan konsep tamadun. Bagi mereka, tamadun ialah peningkatan kualiti hidupataupun pengeluaran hasil yang dipengaruhi oleh sumber ekonomi, sistem pemerintahanatau politik dan tahap pencapaian akademik tanpa mengetepikan seni dan akhlak ataupuntingkah laku masyarakat.IV.J.K.FieblemanBeliau mempunyai pandangan tersendiri berkenaan konsep tamadun.Beliau menganggap tamadun ialah
kepandaian mengeksploitasi material 
oleh masyarakat. Dengan perkataan lain, proses masyarakat ke atasmaterial dengan sendiri menjadikannya barang baru bagi sesuatukeperluan.V.Oswarld Spengler.Tamadun barat
lebih mementingkan kebendaan
kerana kebendaan itu yangmembawa kepada kemajuan.Kedua-dua tokoh ini menggunakan konsep kemajuan kebendaan atau material bagimaksud tamadun. Bagi mereka, kayu ukur bagi sesebuah tamadun ialah penghasilan barang-barang baru untuk kegunaan seharian dan material yang dihasilkan itu mestilahlebih baik daripada sebelumnya.VI.Robert J.BraidwoodBeliau merujuk tamadun ini kepada
 perbandaran.
Tamadun juga haruslahmempunyai
 satu struktur politik , undang-undang formal dan seterusnyaterdapat kemudahan infrastruktur 
seperti jalan raya, anggota keselamatan, pelabuhan dan terusan.Kewujudan sistem jalan raya yang baik menjadi antara faktor yang penting bagi sesuatu tamadun. Ini kerana anggota masyarakat akan dapat berhubung dengan masyarakat luar bagi berkongsi pengetahuan dankemajuan. Hal ini akan meningkatkan produktiviti dan memajukankawasan mereka. Di samping itu, undang-undang yang kemas juga amat perlu bagi mengawak tingkah laku manusia.7

Intihanya, tamadun dalam konsep islam lebih luas skopnya yang meliputikemajuan dalam bidang kerohanian (rohaniah) dan kebendaan (lahiriah) yang berlandaskan kepada wahyu, al-Sunnah dan akal fikiran. Tamadun menurut perspektif islam dapat dijelaskan dengan ayat yang paling ringkas iaitu suatu pencapaian manusiadalam bidang kebendaan (lahiriah) dan kerohanian (rohaniah) yang berpusat di bandar meliputi kemajuan seni bina, ilmu pengetahuan, sains, teknologi, undang-undang, politik dan sebagainya yang meliputi muamalat, syariat, munakahat dan akidah yang berasaskankepada al-Quran dan al-Sunnah. Tamadun menurut perspektif barat pula berlandaskankepada pemikiran dan akal semata-mata dalam menentukan corak ragam kehidupanseharian. Mereka mengetepikan peranan agama dalam kehidupan mereka. Di sampingitu, sarjana barat lebih menumpukan kemajuan lahiriah dalam konsep yang diutarakanoleh mereka sehingga melupakan pembangunan rohaniah

5)     Tamadun Islam bagi Ibnu Khaldun yang menggunakan istilah umran,umran merujuk kepada kawasan tanah atau rumah yang dihuni atau didiami secara menetap dalam keadaan subur dan berkembang makmur serta berlawanan dengan keadaan terbiar, tandus dan gersang. Pengertian beliau secara ringkas menggambarkan tamadun merupakan kewujudan suasana makmur ekoran daripada perubahan cara hidup primitif yang berpin dah randah kepada cara hidup menetap yang boleh diibaratkan sebagai kehidupan bandar. Kehidupan di bandar merujuk kepada manusia yang tinggal menetap dengan segala keperluan dibawa masuk.
        S.M.N al-Attas menggambarkan tamadun sebagai keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang mencapai taraf kehalusan budi pekerti dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. Pnegertian  di atas menjelaskan bahawa tamadun adalah keadaan manusia yang hidup aman harmoni dalam masyarakat melalui ketinggian budi pekerti. Keadaan ini amat bertepatan dengan istilah peradaban yang mengaitkan kemajuan manusia dari aspek ketinggian adab sopan.Kemajuan peradaban melalui keluhuran pekerti ini nampak selari dengan maksud pengutusan Nabi Muhammad S.A.W iaitu untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak..Manusia akan maju bertamadun apabila mengamalkan dinatau cara hidup dengan berpekerti mulia.
       Berdasarkan dua aspek pengertian itu, sama ada tamadun dikaitkan dengan kemajuan bandar ( umran ) atau masyarakat yang beradab ( peradaban- din dan madaniah ), kedua dua aspek rujukan ini adalah saling berkaitan antara satu sama lain.Masyarkat bandar ( umran atau madinah ) menjelaskan masyarakat yang menghayati kehidupan  budi pekerti yang luhur melalui pelaksanaan ajaran din atau agama. Penghayatan ajaran din ni Secara ringkasnya tamadun Islam adalah suatu keadaan atau pencapaian manusia dalam semua aspek kehidupan merangkumi aspek kebendaan dan kerohanian yang berpusat dikota  atau di bandar hasil daripada manifestasi keimanan kepada Allah




6)          Mengikut pandangan Islam, Hadharah berasal daripada perkataan hadhara yang merujuk kepada perbuatan tinggal dibandar dengan perilaku kehidupan yang tinggi. Osman Khalid menjuruskan bahawa instilah hadharah ialah kemajuan aspek pemikiran, moral dan sosial dalam kehidupan sesuatu masyarakat yang ketara dalam bidang ilmu, kesusateraan, kesenian,pemerintahan,adat resam, budi pekerti dan kepercayaan.

        Istilah Madaniah adalah sebagai suatu tingkatan pencapaian kebendaan yang tinggi seperti dalam kegiatan pembangunan, perancangan dan penyusunan bandar dengan adanya kemudahan infrastrukturnya serta keperluan asasi dan tidak asasi seperti makan minum, tempat tinggal dan rekreasi kerana terdapatnya kemudahan kewangan dan kemampuan berbelanja yang semestinya mempunyai kekuatan ekonomi.Secara rinhkasnya madaniah merujuk kepada pencapaian aspek kebendaan.


     Tamadun menggambarkan kemajuan kebendaan sesebuah masyarakat.M.A.J. Beg menjelaskan bahawa tamadun adalah pencapaian manusia dalam bentuk kota, skrip seni bina, undang-undang  dan politik. Dari perspektif semasa, perkataan ‘tamadun’ merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam bidang  sains dan teknologi selari dengan penonjolannya dalam tamadun Barat pada zaman ini. Tamadun boleh disimpulkan sebagai pertama, suatu tingkat kemajuan atau pencapaian manusia daripada cara hidup nomad kepada kehidupan bandar atau kota. Kedua, suatu proses untuk mencapai kemajuan atau kebaikan dalam hidup.Ketiga, suatu kombinasi antara kemajuan aspek pemikiran, kerohanian dan aspek material atau kebendaan.Keempat, Tamadun adalah keadaan kemajuan manusia yang berasaskan kepada ketinggian akhlak dan budi pekerti atau penghayatan din dalam masyarakat.