Saturday, March 28, 2015


Aku yang terlalu lemah atau aku diperlaku seolah lemah?
Terluka berhari seolah manusia tiada hati
Tangis yg tiada siapa kan ternampak.
Namun konon senyum menghias, namun tak dapat mata ku selindungkan.

Tuhan rindukan aku?
Hingga setiap hari dihantar ujian berlagu?

Aku juga rindukan Dia.
Dan aku tahu bahwa Dia pun tahu.

Kering sesudah apakah basahan hati
Seolah masih lagi angin belum membawa pergi

Biarkan sahaja berlalu
Kerana aku hanya ingin terus senyum


Meski parut masih mahu teguh.

Friday, March 27, 2015

 
 
Dan bila mata terpejam
mengalir air mata membayang
kisah silam ku sangka dikejar
hingga tercungap ku tepis segala.

aku ..
tak mahu kalah pada yang bukan waktu
dan bila saatnya tersedar
terasa aku terhimpit
kerna hatiku kian sempit
dalam memaaf tiap yg perit.

aku..
hanyut sesaat menghampir
terasa nafas kan terhenti
saat ternampak sendiri, dikejar bayangan diri..

piluu.
pilu aku pilu
menafikan aku yg dulu
namun jika jiwaku tak butuh
mampukah aku sebenarnya?
memaafkan tiap bahagian tubuhku..
melupakan kekalahan seorang aku..?

ingin,
ingin aku padamkan..

ingin aku mencari..
-
-
mencari aku yang baru..
 
 
 
 
 
Pernahkah awak?
Memiliki sebuah cerita.. yang awak nak sangat kongsikan dengan semua orang yg awak kenal?
Tapi.. cerita itu awak hanya mampu simpan.. simpan dalam sedalamnya di hati..

Hingga akhirnya ia membengkak..
Bernanah..

Tanpa sedar,
Membuatkan awak mengalirkan air mata awak..

Awk,
Peritnya menyimpan cerita..
Lagi perit bila tak tahu ingin diluah pada siapa.

Semua orang pasti pernah merasa keadaan sebegitu, awak..
Bukan awak tak ingin bercerita..
Awak cuma tak mampu..

Kadang2 awak takut air mata awak mengalir lagi.
Kononnya lebih baik bahagia itu sahaja yang dilihat dari kita..
Kononnya biar duka itu kita sahaja yang rasa.

Awak.. awak..
Ada apa sebenarnya di hati awak
Sehingga memilih untuk memendam rasa?
Ada apa sebenarnya di sebalik diri awak
Hingga tak kuat meluahkan segalanya?

Saturday, March 21, 2015

 
Dari sekecil kecil nikmat
Hingga sebesar-besar anugerah
Semuanya pinjaman dari Allah
Tapi itulah yang paling susah kita nak 'hadam'
Redhakan hati dengan kehilangan.
Tenangkan hati dengan terputusnya hubungan
Tabahkan hati dengan kekecewaan.
 
Sungguh, ujian itu buat kita kembali pada Allah
Buatkan hati kita sedar semuanya hanya pinjaman
Redhakan, tenangkan, sebarkan dengan segalanya
Moga Allah beri kekuatan
Moga ALLAH 'hadiahkan' yang terindah :')



Kalau kau berasal dari keluarga yang soleh
Cukup didikan agama.
Aurat dan pergaulan sentiasa terpelihara.
Bacaan al-quran dan zikir sentiasa bergema di ruang tamu

Kau jangan rasa kau bahagia
Sebab kau tak mampu nak rasai kebahagian mereka yang bermujahadah mati-matian
semata mata ingin berubah
Mereka yang berasal darikeluarga porak peranda
Jahil itu agama
Aurat tak terjaga.tak twu solat
hanyut dengan dunia.Caci maki sentiasa bergema di seluruh rumah

Sungguh! kau tak akan mampu nak rasai
mcm mana hebatnya mereka bermujahadah
kejap tenggelam, kejap timbul.
Nak pakai tudung labuh kene sindir
nak pakai stoking kene caci
nak jaga ikhtilat kena marah
nak ubah akhlak kene peril

Mereka yang merasai keperitan dalam mujahadah ini ,
sebenarnya mereka sedang rasai betapa lazatnya kebergantungan secara total kepada Allah
Mereka belajar huruf demi huruf ayat al-quran hingga lancer.
Mereka belajr rukun demi rukun dalam sembahyang.
Mereka belajar tutup aurat dengan sempurna.
Mereka mengorbankan kemesraan dalam ikhtilat demi menjaga maruah
Mereka korbankan hiburan lagha demi basahkan iman dengan zikrullah.
Mereka tabahkan hati ketika diejek apabila hendak berubah


Ya,kalau kau berasal dri keluarga yang soleh
jangan kau sesekali sombong menyisihkan mereka yang hendak berubah
Jangan sesekali kau berlagak dengan labuhnya tudung kau
tingginya songkok kau
Jangan kau tajjub dengan taranum yang mendayu
Kerana belum tentu engkau yang dicintai Allah berbanding mereka
Kerana belum tentu engkau yang dirindui Rasullah berbanding mereka
Kerana belum tentu engkau layak menghuni syurga berbanding mereka

Buat engkau,engkau dan engkau yang merasai mujahadah
Teruskan cekalkan hati
ALLAH sedang melihat usaha kau
Yakinlah dengan penuh keyakinan
Suatu hari Allah akan bawa au keluar dari jalan gelap kau
Menuju cahaya dari syurga.. :")

Friday, March 20, 2015

Hidayah tu milik Allah
Takde siapa yang paksa
Tiada siapa yang suruh
Tiada siapa yang meminta
Tapi ia datang sendiri
Dengan penuh keikhlasan dan ketulusan hati
Berubah kerana manusia hanya sementara
tapi berubah kerna ALLAH itulah yang kekal.
Ya Allah.. indah sangat rasanya

Kekadang, hidayah yang kita dapat tu
kita tak gunakan dengan baik
sebab tu lah kita tak dapat istiqamah
kita terlalu dengar pndangn org
terlalu takot dgn tanggapan orang
terlalu taksub dengan kepelbagaian andaian didunia ni
sedangkan kita ada ALLAH.
Allah yang turunkan hidayah tu pada kita.
Kenapa kita tak gunakan dengan baik.

Sejahat mana pun manusia
pintu taubat sentiasa terbuka
Allah maha pemaaf.
kenapa kita sebagai manusia terlalu angkuh
Terlalu suka memperlekehkan sesame manusia
Bila manusia buat salah
diheboh satu dunia
diungkit segala kisah silamnya
diceritakan semua kejahatannya
kenapa perlu mengeji, memandang hina pada mereka
seolah olah mereka takde peluang nak berubah
seolah olah mereka takde masa depan
seolah olah mereka pendosa yang dihukum selamanya.
Kekadang mereka hamper give up
kerna 'spesies' manusia mcm ni
takde manusia yang tak buat salah.
Bersabarlah manusia.
Yang penting ALLAH tahu niat kita.
Semoga Berjaya......



Thursday, March 19, 2015

 
 
Yang namanya manusia itu
memang tak lari dari berbuat dosa
dosa segala macam dosa
dosa kecil,dosa besar,dosa sengaja
mahupun dosa tidak sengaja
 
Pernahkah kita terfikir?
The best thing being a muslim is
Allah sangat menjaga aib kita
Kasih sayangNya sentiasa menggunung dari dosa dosa kita
Malah, pintu taubat sentiasa terbuka
 
Pernahkah kita terfikir?
Betapa besarnya kasih saying Allah pada kita
Dosa dosa kita selama ini
Allah tak jadikan ia sebagai kudis ditubuh
nanah diwajah
Hatta bau busuk yang amat dasyat
Sehingga tiada seorang pon mahu mendekati
 
Pernahkah kita terfikir?
Betapa besarnya kasih saying Allah pada kita
Dosa dosa kita selama ni Allah tak balas serta merta
On the spot,
cash on delivery
Walhal Allah sangatlah mampu
untuk berbuat demikian.
Seperti kisah moyang kita
Adam as dan Hawa yang dilucutkan pakaian
lalu diusir dari syurga kerna melanggar perintahNya
 
Pernahkah kita terfikir?
betapa baginda Rasullah Saw berdoa pada Allah
agar tidak menurunkan bala yang dasyat kepad umatnya
Yakni kita?
Namun betapa kita terlalu' beristirehat' atas doa baginda?
 
Pernahkah kita terfikir?
adakah kita umat yang mengambil pengajaran?
adakah kita umat yang berfikir?
'Dan kalau Allah menyegerakan keburukan bagi manusia seperti permintaan mereka
untuk mnyegerakan kebaikan , pasti berakhir umur mereka'
 
Allahuakhbar
Hebatnya kita dimata manusia
baiknya kita dimata manusia
Hanya kerana Allah menjaga aib kita
Jika tidak?
kita ini cuma picisan di muka bumi
siapa pun tanak pndang...
 
 


Saturday, March 14, 2015




Di saat mahu 'pergi'
Saat kau sedang mencari identity diri
Saat kau sedang sepenuhnya letak Tuhan di hati
Saat kau lari dari kehidupan yang penuh titik hitam di hati

Saat itu pasti Tuhan uji
Sebagai bukti imanmu di hati
Manusia juga pasti ada yang mencaci
Untuk lihat sejauh mana kau kuat nak perbaiki diri

Tapi,
Kau pantang diuji terus nak lari
Baru dicaci kau terus serah diri
Ingatlah janji Tuhan untuk kamu
Wahai pencinta kebenaran

Semoga terus qowiy

Kau pasti tak bersendiri
Masih ada insan akn tetap disisi
Untuk bisikkan bahawa kau masih ada Tuhan dihati
Walaupun manusia membenci