Friday, March 20, 2015

Hidayah tu milik Allah
Takde siapa yang paksa
Tiada siapa yang suruh
Tiada siapa yang meminta
Tapi ia datang sendiri
Dengan penuh keikhlasan dan ketulusan hati
Berubah kerana manusia hanya sementara
tapi berubah kerna ALLAH itulah yang kekal.
Ya Allah.. indah sangat rasanya

Kekadang, hidayah yang kita dapat tu
kita tak gunakan dengan baik
sebab tu lah kita tak dapat istiqamah
kita terlalu dengar pndangn org
terlalu takot dgn tanggapan orang
terlalu taksub dengan kepelbagaian andaian didunia ni
sedangkan kita ada ALLAH.
Allah yang turunkan hidayah tu pada kita.
Kenapa kita tak gunakan dengan baik.

Sejahat mana pun manusia
pintu taubat sentiasa terbuka
Allah maha pemaaf.
kenapa kita sebagai manusia terlalu angkuh
Terlalu suka memperlekehkan sesame manusia
Bila manusia buat salah
diheboh satu dunia
diungkit segala kisah silamnya
diceritakan semua kejahatannya
kenapa perlu mengeji, memandang hina pada mereka
seolah olah mereka takde peluang nak berubah
seolah olah mereka takde masa depan
seolah olah mereka pendosa yang dihukum selamanya.
Kekadang mereka hamper give up
kerna 'spesies' manusia mcm ni
takde manusia yang tak buat salah.
Bersabarlah manusia.
Yang penting ALLAH tahu niat kita.
Semoga Berjaya......



No comments:

Post a Comment