Saturday, March 14, 2015




Di saat mahu 'pergi'
Saat kau sedang mencari identity diri
Saat kau sedang sepenuhnya letak Tuhan di hati
Saat kau lari dari kehidupan yang penuh titik hitam di hati

Saat itu pasti Tuhan uji
Sebagai bukti imanmu di hati
Manusia juga pasti ada yang mencaci
Untuk lihat sejauh mana kau kuat nak perbaiki diri

Tapi,
Kau pantang diuji terus nak lari
Baru dicaci kau terus serah diri
Ingatlah janji Tuhan untuk kamu
Wahai pencinta kebenaran

Semoga terus qowiy

Kau pasti tak bersendiri
Masih ada insan akn tetap disisi
Untuk bisikkan bahawa kau masih ada Tuhan dihati
Walaupun manusia membenci

No comments:

Post a Comment