Thursday, March 19, 2015

 
 
Yang namanya manusia itu
memang tak lari dari berbuat dosa
dosa segala macam dosa
dosa kecil,dosa besar,dosa sengaja
mahupun dosa tidak sengaja
 
Pernahkah kita terfikir?
The best thing being a muslim is
Allah sangat menjaga aib kita
Kasih sayangNya sentiasa menggunung dari dosa dosa kita
Malah, pintu taubat sentiasa terbuka
 
Pernahkah kita terfikir?
Betapa besarnya kasih saying Allah pada kita
Dosa dosa kita selama ini
Allah tak jadikan ia sebagai kudis ditubuh
nanah diwajah
Hatta bau busuk yang amat dasyat
Sehingga tiada seorang pon mahu mendekati
 
Pernahkah kita terfikir?
Betapa besarnya kasih saying Allah pada kita
Dosa dosa kita selama ni Allah tak balas serta merta
On the spot,
cash on delivery
Walhal Allah sangatlah mampu
untuk berbuat demikian.
Seperti kisah moyang kita
Adam as dan Hawa yang dilucutkan pakaian
lalu diusir dari syurga kerna melanggar perintahNya
 
Pernahkah kita terfikir?
betapa baginda Rasullah Saw berdoa pada Allah
agar tidak menurunkan bala yang dasyat kepad umatnya
Yakni kita?
Namun betapa kita terlalu' beristirehat' atas doa baginda?
 
Pernahkah kita terfikir?
adakah kita umat yang mengambil pengajaran?
adakah kita umat yang berfikir?
'Dan kalau Allah menyegerakan keburukan bagi manusia seperti permintaan mereka
untuk mnyegerakan kebaikan , pasti berakhir umur mereka'
 
Allahuakhbar
Hebatnya kita dimata manusia
baiknya kita dimata manusia
Hanya kerana Allah menjaga aib kita
Jika tidak?
kita ini cuma picisan di muka bumi
siapa pun tanak pndang...
 
 


No comments:

Post a Comment