Saturday, March 21, 2015



Kalau kau berasal dari keluarga yang soleh
Cukup didikan agama.
Aurat dan pergaulan sentiasa terpelihara.
Bacaan al-quran dan zikir sentiasa bergema di ruang tamu

Kau jangan rasa kau bahagia
Sebab kau tak mampu nak rasai kebahagian mereka yang bermujahadah mati-matian
semata mata ingin berubah
Mereka yang berasal darikeluarga porak peranda
Jahil itu agama
Aurat tak terjaga.tak twu solat
hanyut dengan dunia.Caci maki sentiasa bergema di seluruh rumah

Sungguh! kau tak akan mampu nak rasai
mcm mana hebatnya mereka bermujahadah
kejap tenggelam, kejap timbul.
Nak pakai tudung labuh kene sindir
nak pakai stoking kene caci
nak jaga ikhtilat kena marah
nak ubah akhlak kene peril

Mereka yang merasai keperitan dalam mujahadah ini ,
sebenarnya mereka sedang rasai betapa lazatnya kebergantungan secara total kepada Allah
Mereka belajar huruf demi huruf ayat al-quran hingga lancer.
Mereka belajr rukun demi rukun dalam sembahyang.
Mereka belajar tutup aurat dengan sempurna.
Mereka mengorbankan kemesraan dalam ikhtilat demi menjaga maruah
Mereka korbankan hiburan lagha demi basahkan iman dengan zikrullah.
Mereka tabahkan hati ketika diejek apabila hendak berubah


Ya,kalau kau berasal dri keluarga yang soleh
jangan kau sesekali sombong menyisihkan mereka yang hendak berubah
Jangan sesekali kau berlagak dengan labuhnya tudung kau
tingginya songkok kau
Jangan kau tajjub dengan taranum yang mendayu
Kerana belum tentu engkau yang dicintai Allah berbanding mereka
Kerana belum tentu engkau yang dirindui Rasullah berbanding mereka
Kerana belum tentu engkau layak menghuni syurga berbanding mereka

Buat engkau,engkau dan engkau yang merasai mujahadah
Teruskan cekalkan hati
ALLAH sedang melihat usaha kau
Yakinlah dengan penuh keyakinan
Suatu hari Allah akan bawa au keluar dari jalan gelap kau
Menuju cahaya dari syurga.. :")

No comments:

Post a Comment